Mesej & Menang



Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan

1

Peraduan NESCAFÉ LATTE Mesej & Menang eksklusif di GIANT [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 27/07/2017 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”].

Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

2

Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

 

[a]

Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

 

[b]

Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3.

Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh dan Kaedah Penyertaan

1

Peraduan akan diadakan dari 27/07/2017 hingga 07/09/2017 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS

1

Untuk menyertai Peraduan ini, beli sekurang-kurangnya satu [1] atau sehingga maksimum dua puluh empat [24] daripada mana-mana produk NESCAFÉ LATTE yang ditunjukkan pada poster Peraduan [“Produk”] dalam satu resit bercetak dari mana-mana pasar raya GIANT di Semenanjung Malaysia yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan.

Nota: Tertakluk kepada semua variasi NESCAFÉ LATTE (Caramel/Mocha/Coconut/Hazelnut), tidak termasuk NESCAFÉ LATTE Caramel 5 stik pek.

2

Dapatkan satu resit bercetak yang asal sebagai bukti pembelian Produk dan tulis pada resit bercetak asal butir-butir yang dikehendaki iaitu nama penuh anda, nombor pengenalan dan tandakan Produk dan jumlah pembelian [“BP”].

3

Tangkap satu [1] gambar BP. Gambar mesti menunjukkan dengan jelas nama pasar raya, tarikh pembelian (dalam Tempoh Peraduan), pembelian produk NESCAFÉ LATTE yang turut serta dan jumlah pembelian. Hantar gambar melalui WhatsApp atau MMS ke 013-2322168 [“Penyertaan”]. Penganjur TIDAK AKAN menghantar laporan perakuan untuk Penyertaaan yang diterima. Peserta MESTI menyimpan BP asal kerana Penganjur berhak untuk meminta BP asal bagi mengesahkan pembelian Produk. Kegagalan untuk menunjukkan BP asal akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan/atau hadiah. Salinan fotostat BP tidak akan diterima.

4

Setiap BP layak untuk satu [1] Penyertaan sahaja. Penyertaan yang disertakan dengan butir-butir tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat dan tidak betul, gambar BP salinan dan/atau tidak jelas akan dibatalkan. Setiap Peserta dikenal pasti melalui nombor pengenalan mereka dan BP unik yang dihantar dalam Penyertaan.

5

Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman

 

web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hadiah & Proses Pemilihan Pemenang

1

Terdapat tiga [3] Hadiah Utama dan empat puluh [40] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

2

Semua Penyertaan lengkap dengan butir-butir dikehendaki dan BP yang diterima setiap hari oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut BP yang dikemukakan. Bagi setiap satu [1] produk NESCAFÉ LATTE yang dibeli dalam BP, Penyertaan layak akan diperuntulkan satu [1] nombor bersiri hingga maksimum dua puluh empat

[24] nombor bersiri setiap satu [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

3

Nombor bersiri yang diperuntukkan untuk semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan:

· tiga [3] untuk mendapatkan tiga [3] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama.

· empat puluh [40] untuk mendapatkan empat puluh [40] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Sagu Hati.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:

Hadiah Utama: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 1033, maka 1033 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 344.3, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 344. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 344. Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 344 iaitu 344, 688 dan 1032 akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama.

Hadiah Sagu Hati: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 1033, maka 1033 akan dibahagikan dengan 40, yang bersamaan dengan 25.8, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 25. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 25. Seramai enam puluh [60] Peserta yang ditetapkan dengan gandaan 25 iaitu 25, 50, 75, 100, 125 dan seterusnya akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati.

4

Setiap nombor bersiri kemenangan Hadiah Utama akan memenangi sebuah Vespa 125ABS OTR bernilai Ringgit Malaysia Dua Belas Ribu [RM12,000].

5

Setiap nombor bersiri kemenangan Hadiah Sagu Hati akan memenangi penyertaan dalam Cabaran “Giant Supermarket Sweep” untuk produk NESTLÉ [“Cabaran”] bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus [RM500]. Penganjur akan memaklumkan tempat, tarikh dan masa Cabaran kepada Pemenang.

6

Penyertaan Pemenang Hadiah Sagu Hati dalam Cabaran akan tertakluk kepada terma dan syarat selanjutnya yang akan dimaklumkan dan diumumkan oleh Penganjur kepada pemenang pada hari Cabaran.

7

Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah dengan nilai paling tinggi sepanjang Tempoh Peraduan. Jika Peserta memenangi dua [2] atau lebih Hadiah dengan nilai yang berlainan, bermakna Peserta secara automatik akan memenangi Hadiah bernilai lebih tinggi dan Hadiah bernilai lebih rendah akan dimenangi oleh nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang.

Liabiliti dan Tanggungjawab

1

Semua Pemenang akan menerima pemberitahuan melalui pos atau SMS. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos tidak diterima atau lewat diterima oleh Pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.dearnestle.com.my/contest/nescafelattegiant].