Nestlé WhatsApp & Menang

TERMA DAN SYARAT

 

JADUAL SYARAT PENYERTAAN

Penganjur

Nestlé Products Sdn. Bhd.  (197901000966)

 

Peraduan

PERADUAN WHATSAPP & MENANG

 

Tempoh Peraduan

Peraduan ini bermula pada pukul 00:00:00 pada 1hb  April 2021 dan ditutup pada 23:59:59 pada 26hb May  2021.

 

Kelayakan         Peraduan ini terbuka untuk semua penduduk sah Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada awal Tempoh Peraduan.

 

Kaedah Penyertaan Penyertaan Melalui WhatsApp

  • Untuk Menyertai Peraduan ini, pembelian salah satu atau lebih, dari mana-mana produk bijirin sarapan Nestlé yang mengambil bahagian seperti yang tertera dalam perenggan 4 di bawah ini (“Produk”) dengan (“nilai minimum”) Ringgit Malaysia lima belas (RM15.00) dalam satu resit pembelian yang dikeluarkan oleh kedai luar talian GIANT dalam Tempoh masa Peraduan (“Bukti Pembelian”).

 

  • Hantarkan gambar Bukti Pembelian yang jelas melalui aplikasi WhatsApp ke 013-6966917 berserta perincian nama penuh (mengikut MyKad), nombor MyKad & alamat e-mel (jika ada) (Contoh; Didi Bin Along, 830118-10-1233 , didie@gmail.com.my) (“Entry”). Setiap Entri, setelah disahkan oleh Penganjur, akan diberikan nombor siri yang berurutan.

 

  • Penganjur tidak akan menghantar laporan pengakuan untuk setiap Penyertaan.

 

  • Senarai Produk yang mengambil bahagian:
    • NESTLÉ GOLD Cornflakes 150g;
    • NESTLÉ GOLD Cornflakes 275g;
    • NESTLÉ GOLD Cornflakes 325g;
    • NESTLÉ GOLD Cornflakes 370g;
    • NESTLÉ GOLD Cornflakes 500g;
    • NESTLÉ GOLD Honey Flakes 220g;
    • NESTLÉ GOLD Honey Flakes 370g; and
    • NESTLÉ Multigrain Cheerios® 300g.

 

  • Untuk setiap pembelian Nilai Minimum RM 15 ( Lima Belas) dalam satu Bukti Pembelian dalam Tempoh Peraduan akan dikira sebagai (1) satu penyertaan di mana satu (1) nombor bersiri akan diberikan secara automatik.

 

  • Penyertaan di mana Pembelian melebihi Nilai Minimum dalam satu Bukti Pembelian dalam Tempoh Peraduan akan diberi nombor bersiri tambahan secara automatik berdasarkan setiap pemenuhan Nilai Minimum.

 

  • Bukti Pembelian dengan pembelian RM 30 ( tiga puluh) produk bijirin sarapan Nestlé yang mengambil bahagian, dua (2) nombor bersiri akan diperuntukkan.

 

  • Bukti Pembelian dengan pembelian RM 60 (enam Puluh) produk bijirin sarapan Nestlé yang mengambil bahagian,  empat (4) nombor bersiri akan diperuntukkan.

 

  • Peserta yang sama boleh menyertai lebih dari satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan mengikut terma dan syarat ini.

 

  • Pihak Penganjur tidak akan menerima sebarang perubahan pada Bukti Pembelian dalam apa jua bentuk. Resit bertulisan tangan , Pesanan Pembelian dan/atau Nota Penghantaran tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian.

 

  • Walaubagaimanapun, merujuk perkara diatas, setelah menerima Penyertaan dan/atau pemilihan pemenang, mengikut mana yang berkenaan, Pihak Penganjur berhak untuk meminta bukti lanjut dalam memproses Penyertaan termasuk Bukti Pembelian Asal (Salinan Cetak Asal) dan dokumen pengenalan untuk pengesahan sebelum penghantaran Hadiah. Kegagalan mengemukakan mana-mana dokumen tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan pelucutan Hadiah.

 

 

TARIKH AKHIR PENYERTAAN

Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 26hb May 2021. Sebarang Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.

 

Untuk penyertaan Mingguan , penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum atau pada 23:59:59 hari terakhir pada Jadual Peraduan di bawah.

 

 

PERINCIAN PENGADILAN

Pengesahan Penyertaan

  • Gambar jelas Bukti Pembelian yang menunjukkan Produk, nombor resit, tarikh pembelian, nilai pembelian dan nama cawangan atau kedai.
  • Kesahihan tarikh pembelian.
  • Tiada perubahan dilakukan pada resit dalam apa cara; nama kedai, barang belian, harga dan tarikh pembelian.

 

Pemenang yang disenarai pendek

  • Setelah Penyertaan disahkan, pemenang yang disenarai pendek akan dipilih berdasarkan kaedah pemilihan nombor siri dan akan dimaklumkan atau dihubungi melalui aplikasi WhatsApp dari nombor Peraduan 013-6966917 untuk menjawab satu Soalan Peraduan yang mudah:

 

“Tarikh tamat PERADUAN WHATSAPP & MENANG  adalah pada  26hb May  2021” . (Betul/Salah)

 

  • Pemenang yang disenarai pendek mesti menjawab dan memberikan jawapan yang betul dalam jangka masa yang ditetapkan agar layak memenangi hadiah tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pelucutan peluang memenagi hadiah tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi dengan apa jua alasan.

 

  • Setelah Penganjur menerima jawapan yang betul daripada pemenang yang disenarai pendek , Pemenang Layak akan dihubungi melalui WhatsApp yang bernombor 013-6966917  untuk pemberitahuan jawapan betul yang diberi dan juga untuk mendapatkan alamat penghantaran hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang Layak tidak dapat dihubungi atas apa jua alasan.

 

HADIAH

Jadual Peraduan

Sebanyak 485 Penyertaan akan dipilih untuk memenangi hadiah  mengikut jadual berikut:

  • 1 April 2021 – 7 April 2021 – Minggu 1
  • 8 April 2021 – 14 April 2021 – Minggu 2
  • 15 April 2021 – 21 April 2021 – Minggu 3
  • 22 April 2021 – 28 April 2021 – Minggu 4
  • 29 April 2021 – 5 May 2021 – Minggu 5
  • 6 May 2021 – 12 May 2021 – Minggu 6
  • 13 May 2021 – 19 May 2021 – Minggu 7
  • 20 May 2021 – 26 May 2021 – Minggu 8

 

 

Setiap peserta layak untuk memenangi maksimum dua (2) hadiah sahaja, dalam tempoh Peraduan:

 

  • 1 x Hadiah Saguhati Mingguan dan  1 x Hadiah Utama,   ATAU
  • 1 x Hadiah Pertama Mingguan dan  1 x Hadiah Pertama

 

Senarai nama  pemenang juga akan diumumkan di laman sesawang Penganjur 2 minggu selepas Peserta disenarai pendek dihubungi untuk menjawab soalan Peraduan di https://www.dearnestle.com.my/peraduan-whatsapp-dan-menang-giant

 

Hadiah Utama                        

1 x Thermomix TM6

 

Hadiah Pertama

2 x Kitchenaid 4 piece ceramic baking dish set

 

Hadiah Saguhati Mingguan

50 x baucar Giant Bernilai RM 50  (x 8 Minggu)

 

 

KAEDAH PEMILIHAN PEMENANG:

 

Hadiah Utama – 1 x Thermomix TM6

 

Terdapat satu [1] Thermomix TM6 yang akan dimenangi.

 

Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan nombor bersiri Penyertaan Berkelayakan yang diterima dalam Tempoh Peraduan (Contoh; 55,000 nombor bersiri) dan dengan itu dibahagikan dengan 2, contohnya, 19,900 ÷ 2 = 9950

 

Pemenang Hadiah Utama adalah penyertaan nombor siri ke-9,950.

 

SEJUMLAH 1 PEMENANG AKAN DIPILIH.

 

Formula pembundaran akan dilakukan di mana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke nombor satu digit terdekat.

 

Hadiah Pertama – 2 x set bakeware seramik 4 keping nesting Kitchenaid.

 

Terdapat dua [2] set peralatan dapur seramik 4 keping nesting Kitchenaid untuk dimenangi.

 

Pemenang akan dipilih; jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan berdasarkan penyertaan yang layak yang diterima semasa Tempoh Peraduan (contoh; 19,900 nombor siri) bersama dengan pengurangan kemasukan / penyertaan pemenang Hadiah Utama (X) dan dengan itu dibahagi dengan dua (02), contohnya;

 

19,900 – X = XY ÷ 5 = XXY.

 

Dengan andaian penyertaan pemenang Hadiah Utama = 100 penyertaan

 

= 19,900 – 100 = 19,800 ÷ 2 = 9,900 *.

 

Pemenang Hadiah Pertama adalah penyertaan nombor siri ke-9,900 dan nombor siri berikutnya dengan pendaraban 9,900.

 

SEJUMLAH 2 PEMENANG AKAN DIPILIH.

 

Rumusan pembundaran akan dilakukan di mana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke nombor satu digit terdekat.

 

 

Hadiah Saguhati Mingguan – 40 x RM50 Baucar Giant  / mingguan

 

Terdapat empat puluh [40] x RM50 baucar Giant yang akan dimenangi setiap minggu selama 8 minggu.

 

Pemenang akan dipilih; jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan berdasarkan penyertaan yang layak yang diterima dalam Tempoh minggu Peraduan (Contoh., 2,000 nombor siri) bahagi (÷) hadiah yang diperuntukkan bersamaan (=) penyertaan nombor siri, contohnya.

 

2,000 penyertaan mingguan bahagi (÷) jumlah hadiah yang diperuntukkan bersamaan (=) nombor siri penyertaan yang menang

 

= 2,000 ÷ 40 = 50

(Nombor pendaraban dalam kes ini ialah 50)

 

Pemenang Hadiah Saguhati Mingguan adalah penyertaan nombor siri ke-50 dan nombor siri berikutnya dengan pendaraban 50.

 

JUMLAH 40 PEMENANG AKAN DIPILIH setiap minggu selama 8 minggu.

 

Rumusan pembundaran akan dilakukan sekiranya bilangan entri mingguan timbul nilai perpuluhan, nombor tersebut akan dibundarkan ke nombor satu digit terdekat.

 

Semua pemenang yang disenarai pendek akan dimaklumkan atau dihubungi melalui aplikasi WhatsApp ke nombor yang diterima oleh Penganjur dalam Penyertaan Layak untuk menjawab satu Soalan Peraduan yang mudah dengan betul dalam jangka masa yang ditetapkan untuk layak memenangi hadiah tersebut.

 

 

Tarikh Tuntutan/    Serahan  Hadiah

  • Semua hadiah akan diproses untuk penghantaran kepada pemenang dalam tempoh enam (6) hingga (8) minggu dari akhir Tempoh Peraduan ; 25hb Jun 2021.  Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa  ini disebabkan alasan di luar kawalan Penganjur.
  • Hadiah mesti dituntut dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh pengumuman atau notis mengenai tuntutan Hadiah yang mana dulu,kegagalan mematuhi akan mengakibatkan pembatalan Hadiah. Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini disebabkan alasan di luar kawalan Penganjur.
  • Sekiranya hadiah yang diterima  terdapat kecacatan atau kerosakan yang disebabkan oleh buatan kilang , pemenang mesti mengembalikan hadiah kepada Penganjur dengan kos sendiri dan hadiah tersebut mesti berada dalam bungkusan asalnya untuk penggantian dalam masa  2 minggu dari tarikh penerimaan Hadiah. Kegagalan mematuhi terma dan syarat ini akan mengakibatkan Hadiah tidak akan diganti. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah yang ditunjukkan dengan hadiah lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Tunai alternatif atau bayaran balik tidak akan ditawarkan.
  • Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat-syarat Penyertaan dan Notis Privasi yang boleh didapati di https://www.dearnestle.com.my/peraduan-whatsapp-dan-menang-giant, secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”).

 

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Pengenalan

  • Syarat-syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap terma yang berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai maksud yang ditakrifkan untuk terma sedemikian dalam Jadual Syarat Penyertaan. Terma yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak mengikut keadaan.
  • Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
  • Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.

 

Penyertaan Peraduan

  • Dengan mengemukakan penyertaan untuk Peraduan ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  • Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan semasa atau berhubung dengan Peraduan ini hendaklah ditanggung oleh Peserta.
  • Bukti penghantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau tidak diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau pengubahsuaian komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet.

 

Kelayakan

  • Sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan, sekiranya Peserta berumur di bawah  lapan belas (18) tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis (dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Penganjur), daripada ibu bapa/penjaga sah mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi.
  • Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Peraduan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen pengenalan, dan kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga sah untuk Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.

 

Ketidaklayakan

Kumpulan orang yang dinyatakan di bawah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

  • Kakitangan Penganjur dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik beradik mereka); dan
  • Kakitangan agensi Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan ini dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik beradik mereka).

 

Perlucutan Kelayakan

  • Penyertaan berikut akan dilucutkan kelayakannya:
    • penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau tidak betul; dan/atau
    • penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.
  • Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
    • menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Peraduan dengan pemalsuan, atau penipuan; dan/atau
    • tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Peraduan ini untuk pengesahan Penganjur apabila diminta.
  • Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang dilucutkan kelayakannya.

 

 

 

Hadiah

  • Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.
  • Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.
  • Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Peserta.
  • Semua Hadiah mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.
  • Hadiah diberikan berasaskan “keadaan seperti sedia ada”. Hadiah hendaklah digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan undang-undang.
  • Hadiah hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk tuntutan.
  • Di mana seorang Peserta masih di bawah umur lapan belas (18) tahun dan diumumkan sebagai pemenang Hadiah, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga sah mereka sepanjang upacara penyampaian Hadiah.

 

Publisiti

Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tetapi tidak terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan sebarang kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Peraduan (secara kolektif dirujuk sebagai “Material”), dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan Peraduan mana-mana barangan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan di mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.

 

Hak Milik Harta Intelek

Peserta bersetuju bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang kandungan dan/atau material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah suai material atau hasil kerja tersebut dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas material atau hasil kerja tersebut.

 

Indemniti

Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur dan syarikat pegangan, subsidiari atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Peserta dalam Peraduan, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berhubung dengan Peraduan ini atau pelanggaran Terma dan Syarat.

 

Had Liabiliti

10.1   Penyertaan Peserta dalam Peraduan ini adalah atas risiko Peserta sendiri.

10.2  Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang timbul daripada atau berhubung dengan penyertaan Peserta dalam Peraduan ini, dan juga penebusan dan/atau penggunaan sebarang Hadiah yang dimenangi.

 

Am

  • Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk memberi pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.
  • Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam sebarang material (termasuk material pemasaran dan Peraduan) berhubung dengan Peraduan ini, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Peraduan ini dan Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik berkenaan bukanlah sebahagian daripada syarikat kumpulan Penganjur.
  • Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau sub kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.
  • Ketidaksahan, kesalahan dari segi undang-undang atau ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Peraduan yang selainnya.
  • Di mana Terma dan Syarat Peraduan ini disediakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa yang lain, sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasa dalam semua hal.
  • Terma dan Syarat Peraduan ini hendaklah diertikan, ditadbir, dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

 

Notis Privasi

Dengan menyertai PERADUAN WHATSAPP & MENANG , Peserta bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur berdasarkan Notis Privasi di https://www.nestle.com.my/info/privacy_notice

Scroll To Top

Get Raya-Ready with Great Savings on All Your Festive Must-Haves!