Chocolate Smoothie Bowl Recipe

Macam mana nak kekal fit masa bulan ni? Kadangkala pasti tubuh badan anda berasa lemah ketika berpuasa kerana makanan yang anda ambil tidak lengkap dengan khasiat bagi tubuh badan anda.

Bagi anda yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat, ada caranya untuk terus kekal bertenaga sepanjang hari. Hidangan lengkap yang penuh nutrisi ini akan membuatkan anda berasa kenyang sewaktu panjang.

Chocolate Smoothie Bowl
Bahan-bahan

1 Cawan susu

2 Cawan pisang dibekukan

¼  Cawan ais

1 Sudu kecil serbuk koko

2 Sudu kecil madu

Toppings

Nestle Milo Crunchy Whole Grain Oat & Wheat

Hirisan pisang

Chocolate chips

Cara penyediaan

Masukkan pisang yang telah dibekukan, ais, serbuk koko dan madu ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga kesemua bahan sebati. Kurangkan ais untuk dapatkan smoothie yang pekat mengikut citarasa anda. Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan toppings. Siap untuk dihidangkan.

Yummy! Bukan hanya bernutrisi,malah Chocolate smoothie bowl ni ternyata mudah untuk dibuat. Tak sampai 5 minit pun anda boleh menyediakan hidangan lengkap. Bahan-bahanya pun ada di pasaraya Giant berdekatan anda. Jadikan menu kreatif ini sebagai panduan untuk anda terus kekal fit dan sihat. Selamat mencuba!