Nasi Goreng Black Pepper Recipe

Kebanyakkan suri rumah atau para isteri pasti sudah tergaru-garu kepala memikirkan apakah menu yang perlu disediakan untuk anak-anak dan suami. Ya, bukan tugas yang mudah kerana anda perlu bangkit awal pagi untuk persiapan memasak dalam masa yang sama ingin memastikan mereka tidak terlepas waktu bersarapan.

Jangan kalut dulu, Giant akan selesaikan masalah anda dengan perkongsian resepi nasi goreng black pepper paling mudah untuk disediakan untuk seisi keluarga. Sambil pejam mata pun boleh siap tau. Hiks!

Nasi Goreng Black Pepper

Bahan-bahan

3 Sudu besar minyak masak

2 Sudu besar Eldina Black Pepper Luncheon Meat, dipotong dadu

1/2 Sudu kecil bawang putih

2 Biji putih telur

2 Batang kacang panjang

1/2 Sudu kecil CSR Brown Sugar

1 Sudu besar kicap MH Mohd

2 Sudu besar  Nang Ori Lada Hitam

3 Mangkuk nasi putih

Cara penyediaan

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau. Gunakan minyak yang sama, masukkan putih telur dan hancurkan. Tambah daging yang telah dipotong dadu, kacang panjang dan kacau sehingga rata. Masukkan nasi dan bahan penambah rasa yang lain. Taburkan lada hitam mengikut citarasa. Siap untuk dihidangkan. Sebagai penambah rasa anda boleh letakkan kicap untuk menyedapkan lagi nasi goreng.

Menarik tak menu di atas? Apa yang penting kesemuanya mudah untuk disediakan terutama pada waktu sahur. Dah boleh prepare bahan-bahan simpan dalam peti sejuk ni. Nak mudahkan lagi kerja, beli je di pasaraya Giant berdekatan anda. Semua bahan-bahan ni ada di sana. Selamat memasak!