26 April - 20 June 2018

 

 

 

 

TERMA & SYARAT

Dengan menyertai Giant –Visa Peraduan Beli dan Menang (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang disenaraikan seperti berikut:-

  • Peraduan ini dianjurkan oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Visa Worldwide Pte. Limited (“Pihak Penganjur”)
  • Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tahun 2018), yang memegang kad Visa payWave kecuali kakitangan pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi/ pengiklanan/ perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
  • Peraduan berlangsung dari 26hb April 2018 sehingga 20hb Jun 2018 (“Tempoh Peraduan”).
  • Cara-cara penyertaan seperti berikut: 
    • Belanja sekurang-kurangnya RM80.00 dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) di mana-mana cawangan Giant dengan menggunakan kad kredit, debit ataupun kad prabayar Visa payWave* dalam Tempoh Peraduan.
    • Jawab dua (2) soalan dan lengkapkan butiran peribadi di borang penyertaan, lampirkan Bukti Pembelian dan hantar penyertaan ke dalam kotak peraduan yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Giant.
    • Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki. Satu (1) Bukti Pembelian hanya melayakkan Peserta kepada satu (1) penyertaan sahaja.
    • Segala penyertaan yang tidak lengkap, rosak, sukar dibaca, lewat, salah atau Bukti Pembelian yang tidak mencukupi akan dilucut kelayakanya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah hantar.
  • Pemilihan pemenang:- 
    • Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh Pihak Penganjur melalui proses cabutan bertuah. Proses ini akan disaksikan dan disahkan oleh audit dalaman GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd.
    • Peserta terpilih akan dihubungi atas dasar usaha terbaik sebanyak tiga (3) percubaan. Sekiranya Peserta tersebut tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak menganti Peserta tersebut dengan Peserta yang seterusya  di dalam senarai.
    • Peserta terpilih perlu menghantar salinan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan melalui emel atau faks dalam masa lima (5) hari dari tarikh pemberitahuan oleh Pihak Penganjur.
    • Senarai penuh pemenang akan dipaparkan 12 minggu selepas Tempoh Peraduan tamat di www.giant.com.my
  • Hadiah Peraduan (“Hadiah”) adalah:
    • Hadiah Utama: Vivo V9 sebanyak seratus lima puluh (150) unit.
    • Hadiah Saguhati: Baucar Giant bernilai Ringgit Malaysia lima ratus (RM500) untuk seratus (100) pemenang.
  • Peserta hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.
  • Pihak Penganjur akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah untuk Peraduan ini, setiap pemenang akan dijemput ke majlis tersebut. Jika pemenang tidak dapat hadir, hadiah akan dihantar ke alamat yang diberikan oleh pemenang. Pemenang bertanggungjawab memberi alamat yang betul dan sah.
  • Semua hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam hadiah tersebut. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah yang ditawarkan dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
  • Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini dan menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah ditanggung oleh Peserta sendiri.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang notis pemberitahuan yang tidak diterima atau lewat. Semua perbelanjaan untukpenebusan dan/atau penggunaan hadiah hendaklah ditanggung oleh pemenang sendiri.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat dari semasa ke semasa untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau bayaran pampasan termasuk dan tidakterhad kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini Semua penyertaan adalah hakmilik Pihak Penganjur, Peserta pada bila-bila masa tidak boleh menuntut, mengguna atau mengeksploitasi penyertaan untuk sebarang tujuan.
  • Pihak Penganjur, semua rakan promosi dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap perkara yang berikut: (a) campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini; (b) sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan; (c) sebarang penyertaan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua liabiliti (termasuk kematian) sama ada disebabkan secara langsung atau tidak dalam menyertai Peraduan ini dan penggunaan hadiah.
  • Pihak Penganjur berhak untuk menyiarkan dan/atau memaparkan butiran-butiran dan/atau gambar-gambar pemenang di dalam media cetak dan elektronik  untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman pemenang tanpa sebarang royalty dan/atau pampasan  .
  • Pihak Penganjur berhak atas budi bicaranya untuk meminda, membatal, menolak, menggantung Peraduan ini dan/atau meminda terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan tanpa sebarang notis. Semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan mengikat semua Peserta Peraduan ini.r dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicaranya membatalkan mana-mana penyertaan telah mengganggu atau  secara munasabah disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian Peraduan atau bertindak melanggar atau potensi untuk melanggar mana-mana terma dan syarat Peraduan ini.  .
  • Tanpa sebarang had, Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai menjalankan aktiviti penipuan atau apa-apa aktiviti yang mengganggu proses penyerahan Peraduan atau operasi Peraduan ini.

Data Peribadi & Polisi Privasi

  • Peserta bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan sah. Peserta bersetuju memberi kuasa kepada Pihak Penganjur untuk mendapat, mengekstrak, mengesahkan dan/atau menggunakan maklumat tersebut bila-bila masa dari semasa ke semasa
  • Peserta berhak untuk mengakses, membetul atau menarik balik kebenaran untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan tersebut boleh dibuat melalui email di www.giant.com.my/customer-care atau melalui pos kepada GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. Mezzanine Floor, Giant Hypermarket Shah Alam Stadium, Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Rujuk www.giant.com.my/privacy-policy untuk sebarang maklumat Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Terma dan syarat Peraduan ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi, Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.