2 August - 31 August 2018

 

 

                                 

TERMA & SYARAT

Penganjur & Kelayakan

  1. "Peraduan Sayangi Malaysiaku" (“Peraduan") ini dianjurkan oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd ("Penganjur").
  2. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas ("Peserta") pada tarikh Peraduan, 2hb Ogos 2018 kecuali kakitangan pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi/ pengiklanan/ perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta telah bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini akan berlangsung dari jam 8.00 pagi, 2hb Ogos 2018 sehingga jam 1159 malam, 31hb Ogos 2018 Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan dan/atau meminda tempoh Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  2. Peraduan ini akan berlangsung selama 4 minggu.

Kaedah Penyertaan Peraduan & Kriteria Kelayakan

  1. Semua penyertaan Peraduan ini hendaklah dihantar melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Nombor rasmi Whatsapps untuk menyertai Peraduan ini adalah seperti yang berikut; 011-2801 9106.
    • Untuk menyertai peraduan ini, para Peserta hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Enam Puluh Satu (RM61.00) sahaja dar mana-marna pasaraya Giant di seluruh Malaysia dalam satu (1) resit ("Bukti Pembelian") sepanjang Tempoh Peraduan.
    • Peserta perlu melengkapkan penyertaan dengan menghantar nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, lokasi, nombor telefon, e-mel, dan gambar resit. Kemudian hantarkan butir-butir tersebut ke nombor Whatsapp rasmi Peraduan.
    • Peserta boleh mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikeherndaki. Satu (1) Bukti Pembelian hanya melayakkan Peserta pada sam (1) penyertaan sahaja.
    • Ekslusif untuk pemegang kad debit dan/atau kad kredit Horng Leong Bank yang menyertai Peraduan ini, setiap Peserta layak untuk tiga (3) penyertaan dengan setiap satu (1) Bukti Pembelian dalam tempoh Peraduan.
  2. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan berdasarkan kepada No. Kad Pengenalan Peserta.
  3. Segala penyertaan yang tidak lengkap, rosak, sukar dibaca, lewat, salah atau Bukti Pembelian yang tidak mencukupi akan dilucut kelayakanya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah hantar

Proses Pemilihan Pemenang

  1. Pemenang akan dipilih secara rawak menerusi aplikasi "Random Winner Selection'.
  2. Setiap Peserta akan menerima notis pemberitahuan berserta nombor siri unik sebagai rujukan dalam tempoh dua puluh empat (24)jam selepas penyertaan dihantar melalui applikasi Whatsapp.
  3. Aplikasi ini akan memilih pemenang berdasarkan secara rawak melalui nombor siri yang diberikan kepada setiap peserta selepas mereka menghantar penyertaan peraduan melalui applikasi Whatsapp.

Pengumuman Pemenang

  1. Para Pemenang yang dipilih akan diumumkan di Laman Facebook Rasmi Giant Malaysia setiap minggu dalam tempoh Peraduan. untuk tiga (3) minggu pertama dalam tempoh peraduan, sebanyak lima belas (15) pemenang akan dipilih oleh pihak Penganjur setiap minggu dan enam belas (16) Pemenangan akan dipilih pada minggu terakhir Peraduan..
  2. Jadual Penyertaan Peraduan Mingguan adalah seperti berikut :-
        Minggu 1: 02/08 - 12/08/2018
        Minggu 213/08 - 19/08/2018
        Minggu 3: 20/08 - 26/08/2018
        Minggu 4: 27/08 - 31/08/2018
    Para Pemenang mingguan akan diumumkan dalam tempoh tiga (3) minggu dan' tarikh akhir setiap minggu yang tamat pada pada jam 11.59 malam mengikut tempoh jadual penyertaan peraduan.
  3. Jumlah Pemenang untuk Peraduan ini ialah enam puluh satu (61) orang Pemenang
  4. Pihak Penganjur akan mengumumkan Pernenangdi Laman Facebook Rasmi Giant Malaysia.

Hadiah Peraduan
Hadiah-hadiah Peraduan terdiri daripada enam puluh satu (61) Jam Tangan Berjenama ICE Watch Edisi Terhad.

Penebusan Hadiah

  1. Hadiah tidak boleh ditukar dan/atau diganti dengan wang tunai, kredit, dan/atau baucar dan tidak boleh dipindah milik
  2. Para Pemenang akan dihubungi melalui emel dan/atau telefon oleh Penganjur atau apa-apa komunikasi yang dianggap sesuai oleh Penganjur atas dasar usaha terbaik sebanyak tiga (3) percubaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua alasan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya tidak menerima atau kelewatan penerimaan sebarang makluman kepada para Pemenang. Sekiranya Peserta tersebut tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak mengganti Peserta tersebut dengan Peserta yang seterusya di dalam senarai.
  3. Para Pemenang yang terpilih dikehendaki untuk mengemukakan salinan Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan melalui emel ke giantmerdekaoontest@gtmail.com dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh notis pemberitahuan Pemenang oleh pünak Penganjur.
  4. Hadiah hendaklah ditebus dalam tempoh lima (5) hari dari notis pemberitahuan. Sekiranya gagal, hadiah-hadiah yang tidak ditebus akan dilupuskan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang tidak dan/atau lewat menerima notis pemberi tahuan melalui emel/SMS/panggilan. Senarai para Pemenang akan diumumkan di laman Facebook rasmi Penganjur atau mana mana medium lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur.
  5. Penebusan hadiah hendaklah dibuat di tempat yang akan ditetapkan oleh Penganjur atau atas permintaan Pemenang hadiah boleh diserahkan ke alamat yang telah disediakan oleh Pemenang Pemenang bertanggungjawab untuk menyediakan alamat yang betul dan sah. Sekiranya Pemenang tidak dapat menebus hadiah mereka pada masa yang ditetapkan, Pemenang dibenarkan untuk menghantar seorang wakil bagi tujuan penebusan Hadiah bagi pihak Pemenang Wakil tersebut dikehendaki untuk mengemukakan kebenaran bertulis daripada Pemenang dan salinan kad pengenalan Pemenang dan wakil tersebut Bukti Pengenalan dan Bukti Pembelian hendaklah disertakan semasa penebusan Hadiah.
  6. Semua Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Hadiah tersebut. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah yang ditawarkan dengan Hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh dipindah milik. Semua Hadiah diberikan dengan keadaan "sedia adanya" dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya.
  7. Semua kos, cukai, yuran dan/atau kos-kos lain dan/atau perbelanjaan berkaitan dengan Penyertaan dalam Peraduan ini dan penebusan hadiah adalah tanggungjawab penuh para Peserta dan Pemenang.
  8. Keputusan Penganjur ke atas segala yang berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk pilihan Pemenang) adalah muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan akan dilayan sama sekali.

Fasal Penyangkalan

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat dari semasa ke semasa untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau bayaran pampasan termasuk dan tidak terhad kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini Semua penyertaan adalah hakmilik Pihak Penganjur, Peserta pada bila-bila masa tidak boleh menuntut, mengguna atau mengeksploitasi penyertaan untuk sebarang tujuan.
  2. Semua penyertaan adalah hakmilik Pihak Penganjur, Peserta pada bila-bila rnasa tidak boleh menuntut, mengguna atau rnengeksploitasi penyertaan untuk sebarang tujuan pada bila-bila masa. sekiranya berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk dan tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.
  3. Pihak Penganjur, semua rakan promosi dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap perkara yang berikut: (a) campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini; (b) sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan; (c) sebarang penyertaan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua liabiliti (termasuk kematian) sama ada disebabkan secara langsung atau tidak dalam menyertai Peraduan ini dan penggunaan hadiah..
  4. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima apa-apa tanggungan ke atas sebarang kehilangan, kerugian, kecederaan, atau kemalangan yang mungkin berlaku dan/atau ditanggung oleh Para Peserta akibat penyertaan Peraduan ini.
  5. Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicaranya membatalkan mana-mana penyertaan telah mengganggu atau secara munasabah disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian Peraduan atau bertindak melanggar atau potensi untuk melanggar mana-mana terma dan syarat Peraduan ini Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau sebarang aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan, Penganjur atau Proses Penyerahan Penyertaan Peraduan.
  6. Sebarang percubaan untuk merosakkan Laman Web dengan sengaja atau menjejaskan operasi sah Peraduan ini adalah satu pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil dan pihak Penganjur berhak untuk menuntut sebarang ganti rugi setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
  7. Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa menurut budi bicaranya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  8. Sekiranya berlaku pertikaian antara versi Bahasa Melayu dan versi bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai.
  9. PERHATIAN: Sebarang emel/SMS yang dihantar oleh Penganjur kepada para Pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran maklumat kewangan, kad kredit, atau akaun bank Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa sebarang pengesahan. Jika terdapat sebarang kecurigaan, sila hubungi Penganjur, 'GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd' melalui Talian Peraduan di 011-2884 9410 atau emel: giantmerdekacontest@gmail.com untuk pengesahan emel/SMS yang diterima.

Undang-undang dan Bidang Kuasa

Peraduan serta Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah mengikut undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.

Polisi Privasi & Data Peribadi
Peserta bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan sah. Peserta bersetuju memberi kuasa kepada Pihak Penganjur untuk mendapat, mengekstrak, mengesahkan dan/atau menggunakan maklumat tersebut bila-bila masa dari semasa ke semasa.


Peserta berhak untuk mengakses, membetul atau menarik balik kebenaran untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan tersebut boleh dibuat melalui email di www.giant.com.my/contact-us/contact.aspx atau melalui pos kepada Penganjur yang beralamat di Mezzanine Floor, Giant Hyperrnarket Shah Alam Stadium, Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Rujuk www.giant.com.my untuk sebarang maklumat Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai peraduan, sila hubungi 011-2884 9410, Isnin hingga Jumaat, 10.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali cuti umum.