Smoothie Strawberi & Pisang Recipe

“Alamak berat badan dah naik kalau baju raya tak muat nanti macam mana ni! ” 

Haa datang je bulan puasa, mesti ada di antara anda yang mahu ambil kesempatan untuk menurunkan berat badan, betul tak? Nak kurus semasa bulan puasa adalah waktu yang paling tepat sebab anda hanya makan dua kali sehari jadi mudah lah kan untuk anda dapat berat badan yang ideal masa raya nanti.

Tapi ingat jangan pula anda makan berlebihan semasa waktu berbuka mahupun sahur. Mesti anda tengah terfikir menu apa yang sesuai untuk sahur kalau tengah diet ni kan? Jangan risau Donna ada resepi mudah dan cepat untuk anda yang nak kurus sebelum raya. Jom buat Strawberry & Banana Milkshake untuk juadah sahur, bukan setakat kurus anak-anak pun pasti suka!

Strawberry Banana Milkshake
Bahan-bahan

1 Pisang

1 Cawan Nestle UHT Strawberry Milk

1 sudu kecil Madu

2 Strawberi

Cara Penyediaaan

Potong pisang dan strawberi. Masukkan semua ke dalam mesin pengisar sehingga teksturnya lembut.