Strawberry Dates Crepe

Segar mata anak dan suami bila anda hidangkan menu menarik ini depan mata waktu pagi. Barulah kreatif kan? Resepi kali ini adalah Crepe Strawberi dan Kurma yang pastinya mudah untuk disediakan. Strawberi dan Kurma kaya dengan vitamin C dan salah satu fungsi vitamin C adalah untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan. Dan menariknya, masa terbaik untuk mengambil vitamin C semasa berpuasa adalah sewaktu bersahur dan berbuka. Ha, tunggu apa lagi. Jom sihatkan keluarga anda dengan menu ini:

INGREDIENTS

2 CawanStrawberi yang dibekukan
2 Cawanhirisan Strawberi
2 Sudu besargula
2 Sudu besarmentega dicair
2 CawanFarm Fresh Milk Kurma
1 Sudu kecilesen vanilla
½  Sudu kecilgaram
1 ½  Cawantepung serbaguna
2 Bijitelur

DIRECTIONS

1Masuk kesemua bahan (kecuali strawberi beku) ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati. Panaskan kuali dalam suhu sederhana.
2Tuangkan ½  cawan adunan ke dalam kuali dan ratakan sehingga adunan nipis.
3Masak sehingga warna menjadi perang, selama 1 minit.
4Terbalikkan dan masak selama 30 saat.
5Sementara itu, kisar strawberi yang telah dibekukan sehingga menjadi puri.
6Letakkan puri strawberi tersebut ke atas crepe dan gulungkan.
7Siap untuk dihidang.
Mudah sajakan penyediaan Crepe Strawberi dan Kurma ni? Untuk memudahkan anda, pada waktu malam sediakan adunan lebih awal. Esok pagi, masak dan gulungkan je. Oh ya, jangan lupa beli bahan-bahan ni di pasaraya Giant berdekatan. Selamat mencuba!
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Scroll To Top

Get Raya-Ready with Great Savings on All Your Festive Must-Haves!