Giant Berkongsi Keberkatan Dengan Masyarakat

GIANT BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DAN AIDILFITRI DENGAN MASYARAKAT MELALUI PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

Giant Malaysia melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), berkongsi keberkatan sempena bulan yang mulia ini dengan menyumbang kembali kepada golongan memerlukan yang disokong oleh 22 kedai Giant terpilih di seluruh negara. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Giant untuk membantu menceriakan golongan kurang berkemampuan yang memerlukan ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Giant, jenama isi rumah yang dipercayai, sentiasa komited untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik kepada pelanggan dan juga mendorong semangat muhibah, terutama pada bulan Ramadan ini. Giant menjalinkan kerjasama dengan pihak  The Lost Food Project dan Sinar FM dalam penganjuran Program Beli & Derma di 22 kedai Giant terpilih. Kotak sumbangan ditempatkan di pintu masuk pasar raya Giant yang bermula 9 April hingga 12 Mei bagi memudahkan pelanggan untuk menyumbang barangan keperluan. Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada lebih 4,000 golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan berdaftar dan golongan asnaf.

Giant juga telah menyumbangkan barangan keperluan harian bernilai RM10,000 untuk program ‘Light of Eid – A Charity Project to Keep The Underprivileged Safe This Raya’ sebuah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Yayasan Tunku Naquiyuddin (YTN) dan Tuanku Ja’afar Educational Trust (TJET).

Giant sentiasa komited dalam memastikan setiap individu, dari pelbagai lapisan masyarakat, dapat menikmati kegembiraan sepanjang musim perayaan ini. Giant berharap sumbangan ini dapat membantu memberikan senyuman, kegembiraan, dan semangat kebersamaan dalam komuniti.

It’s the Little Things That Make a Giant Difference.

Scroll To Top